Tuesday, April 26, 2016

Convo-day | 23 April 2016

Hello everyone!

Last Saturday was my graduation day. Since every ticket for Graduand's guest is charged 25£ each, so, I decided to only bring my Farid there. It was not a difficult decision actually, since my parents already came for my diploma graduation, so they are not that excited or eager or interested to see another convocation of mine. Hehe. Well, attending convo with a husband is wondahful guys, so cepat kahwin! Lol

The ticket
Saya tak ingat berapa entah yuran graduasi waktu diploma tahun 2013 dulu, tapi tak semewah kali ni lah, 75£. Nasib baik makanan sedap, so tak ada lah aku kesali setiap sen yang ku taburi, gitu! Haha. Ya Allah, tak sangka dah tujuh tahun berhempas pulas lepas habis sekolah dulu and finally I AM OFFICALLY GRADUATED with honour! Ini gila ini gila ini gila! Hahaha sorry saya memang over nak mengexpressi keterujaan ini di sini.

Gila kot, pergi kelas ulang alik dari Damansara ke Setapak waktu diploma 4 tahun, lepastu ulang alik dari Damansara ke Subang Jaya pula 2 tahun setengah, setiap hujung minggu (sebab saya study part time: weekdays kerja, weekend pergi kelas) hanya untuk sekeping kertas berupa hard cover yang dipanggil ijazah. Nak tambah kepiluan lagi, setiap ulang alik itu, saya menaiki sebijik motosikal Lagenda 110 kepunyaan ayah tercinta, weyyy memori sangat tau! Pernah satu sem dulu pergi exam baju basah lencun, duduk dalam air-cond. Wuuu~ akan ku kenang saat itu.

Oh anyway guys, it was a course offered by Liverpool John Moores University (collaboration dengan local U), that's why saya tak habis-habis dengan pound sterling tu, sebab tak tahu entah tahun bila baru dapat belanja pakai pound sterling kat UK lol. Kepoh ke tak kepoh?

Me and My 25 pound sterling guest lol

Another 2 years, saya teman husband convo pulak, insyaAllah, since he already in the midst of finishing his degree, part time jugak. Bertabahlah awak. (Thanks for the Satay Zaini treat :P)

Last few month, coursemate ada ajak sambung buat Master, since government ada offer MyBrain untuk sesiapa yang nak sambung Master. MyBrain ni macam bantuan gitu lah, ke sponsor, ke incentive - tak tahu nak panggil apa. Government bayarkan RM10k from the total course fees. Tak silap saya, untuk galakkan lebih ramai orang ambil Master. Macam course yang kawan saya ajak tu, RM37k, so saya kena bayar RM17k sendiri while the balance of RM10k dibayar menggunakan MyBrain. So, anyone yang berkira-kira or tengah considering nak sambung belajar lepas degree, boleh try apply for this MyBrain program. Ada kemudahan dan bantuan, kita grab. Jangan sia-siakan hehe.

As for me, buat masa ni, tak terasa nak sambung dulu. Maybe later. Sebab 7 tahun belajar part time ni sangat penat. Nak sambung for another 2 years, aduiiii....nanti dulu lah. Maybe nak berjoli dulu dengan kertas ijazah ni for at least 3 years, maybe? Lol. Tapi, saya galakkan orang-orang yang intent nak sambung belajar. It worth your effort, kawan. Belajarlah selagi mampu dan selagi boleh. :)

Me and the other survivors, Congrats everyone!
To end this post, tahniah saya ucapkan kepada diri sendiri dan yang lain-lain.
Selamat membayar PTPTN RM35k, bluerk! :P

1 comment: