Tuesday, May 3, 2016

Bandar Melaka | 30 April 2016

Hey, gais!

Cuti 3 hari, rasa sekejap je kan, korang? Last weekend, Farid and I didn't go anywhere but, our parents house. Balik kampung sebab dah 3 minggu tak balik. Hehe, so kita spend time dekat Melaka terchinta sahaja.

30 April haritu, kami ke Bandar Melaka.

Walaupun kami berdua berasal dari Melaka, tapi tidaklah selalu kami ke bandar. Dulu, waktu tengah bercinta (bluerk!), selalu lah juga, sebab Bandar Melaka je lah tempat berlibur terdekat dengan Selandar. Berlibur, gitu kata ko haha. Nak tengok movie ke jalan-jalan cari barang hantaran dulu ke, semua kat situ. Nak bergerak dari Selandar ke Bandar Melaka tu, jauh okey! 4 hari kalau berjalan kaki. Kalau naik kereta, 40 - 50 minit gitu lah. Kalau tidur sepanjang perjalanan, sempat lah juga nak masuk 2 jalan cerita mimpi.

So, sejak dah kawin dan jarang dapat balik Melaka ni, most of the time kami spend time dekat rumah je, dengan parents. Nak kena bahagi masa, sekejap balik rumah Parents Farid, sekejap balik rumah Parents saya. Walaupun parents kami berjiran, tapi pembahagian masa itu penting okeng! Hehe

So, minggu ni, cuti 3 hari, sebab Hari Pekerja khennn. Hari sabtu kami ke Melaka. Tujuan utama nak renew passport saya, sebab next week nak ke Bali, wehuu jalan lagi! Renew kat UTC Melaka. Servis boleh tahan laju kot wey, kalau compare dengan UTC pudu (of course, sebab 'PUDU' kot, lol). Kami sampai UTC Melaka pukul 3.40pm gitu, pastu, pukul 5.35pm depa dah bagi masa untuk collect passport. Bayaran untuk renewal, RM200, untuk 5 tahun. Tu minimum period of renewal sekarang.

Lepas passport siap, alang2 dah sampai Bandar, kita berjalan duluan. Ramai ek orang melawat Melaka. So, we all pun feeling-feeling pelancong juga lah gamaknya. Eh tapi memang serius, tak pernah pun kitorang jalan-jalan bandar Melaka yang jenis memang nak jalan tengok pemandangan pun. Kalau ke Bandar, mesti ada sebab-sebab lain. Jalan-jalan tengok bangunan is soooo not in the list. Tapi, kali ni kita buat! Kita jalan tengok building and infrastructure Melaka ini.

Compilation wefie tak semenggah kami

Cantik kan background? Sama macam kat Penang yang dekat pulau nun, kalau korang penah pergi. Saya pernah pergi dolu-dolu waktu outstation kat Penang. Jenis bangunan memang almost the same. Pandang kiri kanan semua orang dok bergambar. Pastu ada orang yang cat satu badan colour hijau, kuning, biru dok perform jadi patung. Kalau nak tangkap gambar dengan dia, kena kasi dia dua ringgit tak silap. But, we are too busy wefie-ing to care about that colourful-glittery two ringgit man. Kikiki. Oh gais, kalau ke area sini, jangan lupa try cendol-cendol kat depan Jam Besar Merah, tepi Sungai Melaka nun. Ada macam-macam flavour. Korang kena try okay.

Sambung.

Berjalan, tangkap gambar sana, tangkap gambar sini, like few hours je pun, penat dia ya robbi - macam panjat gunung. Lepas jalan kat Bandar Hilir, agak dah nak gelap sikit, kitorang ke Jonker Walk pulak sebab Bang Farid nak cari casing handphone dia. Tapi, saya tak mampu nak berjalan lagi. Kitorang visit dua kedai yang pertama kat Jonker Walk tu je, lepastu balik. Kahkah. Pasal penat kottt, jalan panas-panas petang tadi! I ols is dah tuaa... Leuls. Lagipun sudah senja. Itik pun dah pulang ke sarang, inikan pula kami.

Itu sahaja nak cerita. Tak memberangsangkan betul entri ini.

Toodle!

2 comments:

  1. Dah lama tak pergi melaka. Dalam 10 tahun tu ada laa

    ReplyDelete
  2. area banda hilir tu memang best.... banyak port menarik, dekat dekat pulak tu... satu hari dah boleh khatam pusing semua tempat.

    ReplyDelete