Thursday, August 25, 2016

Buah-buahan Childhood

Oh maiiii... tetiba feeling throwback apesal entah. Haha.

Hello gais!

Korang ada buah-buahan waktu childhood. Buah-buahan yang korang makan waktu kecik-kecik, dah besar ni tak jumpa dah. Tak tau lah memang pokok buah ni hidup kat tempat-tempat tertentu je ke atau memang dah tak ada lagi sekarang ni?


First dan paling rindu, Jambu Botol. Rasa masam-masam kelat gitu. Sedap gila. Makan cicah garam ngan kicap. Huuu, kecur liur. Saya kenal buah ni waktu saya sekolah rendah, last makan waktu darjah 4, darjah 5 dulu which was 15 years ago. Waktu tu, saya tinggal kat Kem Majidee, Johor Bahru. Kat rumah jiran saya tu ada pokok Jambu Botol ni. Bila musim berbuah je, ibu selalu suruh pi minta sikit kak tuan pokok tu hehe. Jadi, sayalah tukang mengambilnya. Dari rumah, berjalan kaki ke rumah jiran kat hujung jalan, sambil kibar-kibar beg plastik sebab nak pi kutip Jambu Botol. Dulu, dengan jiran-jiran main minta-minta je. Nak daun pandan, minta. Nak daun kari, minta. Nak serai, minta. Zaman saya sekarang, jangankan daun kari mahupun serai, jiran pun kita kurang kenal. LOL kalau terserempak, saya 'hai hai' je.

Rindu betul rumah dulu. Dekat depan rumah kitorang duduk dulu, ada satu batang pokok saga besar. Kami adik-beradik selalu kutip biji saga tu buat main jual-jual. Hihi



Belakang rumah ada pokok kuini. Kuini sedap dan wangi! Sekarang baru rasa bertuah ada ayah yang keje askar dulu, sebab boleh pindah randah rasa duduk macam-macam tempat haha. Dulu rasa tak suka, pasal kalau pindah je nak kena cari kawan baru. Budak perempuan kan macam memilih sikit bab kawan-kawan (ke saya je?). Kalau budak lelaki suka lah pindah-pindah ni sebab dorang mudah berkawan dan boleh melebarkan network, ewah! Ramah-tamah gitu.



Yang keduanya, saya rinduuuuuuuu buah cermai. Buah ni saya kenal waktu kecik sangat-sangat lagi, dalam 4-5 tahun. Waktu belum sekolah lagi. Waktu kat rumah tok som (atuk saya), kat Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Muar. Sekarang, rumah kampung tu pun dah takde sebab atuk dah lama takde. Huhu. Pokok tu saya tak tau ada lagi ke tak.

Selain rindu dua jenis buah ni, saya rindu zaman childhood saya.

Dan sekarang ni, saya nak tau, mana nak cari jambu botol tu. Betul-betul terliur dah ni!!

2 comments:

  1. La budak Kem Majidee ke, huuuu.

    ReplyDelete
  2. Anasyg haah, penah duduk situ sebab ayah keje situ. Tapi lama dulu lah 15 years ago. Hang dok situ jugak ke? Lol

    ReplyDelete