Tuesday, August 16, 2016

Habit gigit ais

I am an 'Ice Muncher'!

Gigit ais best kot wey. Lagi-lagi waktu tengah-tengah hari yang panas bahang gila tu. Puuuunyalah nikmat. Macam saya, tak kira lah breakfast ke brunch ke lunch ke hi-tea, dinner or supper. Asalkan tempat tu boleh sediakan ais, saya akan order ais. Teh ais, favorite saya. Tapi, kat rumah sendiri takde buat ais lah hehehe. Sbb petiais kecik, belah atas tu mmg muat-muat untuk letak lauk basah je. Lol

Ah-ha!

Bercerita pasal ais, pernah dengar tak pasal "perempuan tak elok minum ais especially waktu period sebab nanti darah berketul-ketul". Kesan jangka panjangnya pula, minum ais boleh menyebabkan cancer, kerana mereka kata ais boleh memerangkap lemak-lemak dalam badan kita lalu membentuk gumpalan lemak tepu yang seterusnya menjadi ketulan berupa cancer.

Ni, MITOS.

Saya pernah terbaca tweet doktor-doktor yang establish hashtag perang melawan mitos (#perangmelawanmitos) dalam usaha dorang meng-educate masyarakat mengenai isu kesihatan. Mereka adalah doktor bertauliah, bukan doktor google mahupun doktor segera. Mereka kata statement tersebut adalah MITOS. Sebabnya, usus dan rahim tidak bercantum.

Hmm ada logiknya juga.

Jadi, seketul Syafriza berasa gembira sebab dia tidak perlu berpisah dengan teh ais kegemarannya. Hahaha.


Tetapi!

Saya macam pernah terbaca satu article ni, dia cakap sesuatu tabiat atau crave ni terjadi mesti ada sebab. Contoh, macam saya selalu juga crave for kerang rebus. Means, badan saya tengah request utk more darah / zat besi, macam tu. Saya tahu saya kurang darah waktu check Hb (heamoglobin) last pregnancy, rendah.

Ataupun, kadang-kadang tu tetibaaaaa je rasa nak makan benda masam-masam, that means, badan kita tgh lack of vitamin C/ or anything else yang boleh dapat dari sumber makanan masam. Atau, waktu lepas makan masam-masam cicah garam, korang rasa dahaga giler! Sebab? Badan korang dah dehydrated.

Ni dari observation terhadap diri sendiri juga, lalu saya pun percayakan article tu tanpa rasa was-was, ewah. Nak link-kan, tapi dah tak ingat, kat mana ntah baca pasal ni aritu.

Lepastu saya terfikir sekejap. Saya asik selalu sgt crave for ais ni, dah kenapa? Semalam baru dapat jawapan sebab page era.fm ada buat article pasal habit gigit ais ni. Menurut article tu, habit gigit ais adalah disebabkan Anemia (kurang darah merah).

So....is every Ice-Muncher an Anemic?

Or it is just a habit? Tet.

Okay lah, jom next week buat medical checkup. Tetibahhh. Haha

No comments:

Post a Comment