Wednesday, August 24, 2016

Pregnant Jarak Dekat

Hi korang!

Lately ni, tengah bosan-bosan saya rajin lah nak scroll-scroll FB baca pengalaman orang dekat account FB macam IIUM Confession, Kisah Rumah Tangga dan Info Ibu Hamil. Seronok dan kita boleh tahu macam-macam jenis pengalaman orang. Ada cerita positif, ada yang negatif. Tapi saya baca, habis kat situ je lah. Takde lah terbawa-bawa sampai memberantakkan-kan hidup saya. LOL ada ke ayat 'memberantakkan-kan' ni dalam kamus?

Pertamanya, yang post cerita tu semuanya anonymous. Jadi, ceritanya jadi jujur dan ikhlas. Takde tapis-tapis / cover-cover line. Itu yang buat kita nampak tentang realiti kehidupan tu. IIUM Confession tu mostly pasal kekeluargaan. Kisah Rumah Tangga tu pulak banyaknya cerita pasal masalah rumah tangga orang dan kadang-kadang ada tips-tips yang kita boleh pakai dalam nak improve hubungan rumah tangga. Kalau yang negatif tu pandai-pandailah put aside, ye dak? Jadikan sempadan. Yang Info Ibu Hamil tu pasal pregnancies and baby, of course. Macam-macam cerita, soal jawab dan tips yang ada. Kadang-kadang funny. Kadang-kadang saya rasa "eh, benda basic macam ni pun ada yang tak tahu rupanya ek?" Punyalah kita ingat semua orang tahu apa yang kita tahu. Lepastu baru sedar diri, jangan sibuk nak judge orang. Ha ha ha

Semalam dalam scroll-scroll tu, ada satu isu ni buat saya tertarik nak tengok follow up dia. Pagi tadi pun scroll lagi nak tengok ape komen kat bawah pos tu hehe. Nak tengok penerimaan orang tentang pregnant jarak dekat. Sis yang aju soalan ni, dia kosong 1 bulan je. Komen-komen bawah tu ada yang berunsur negatif / memerli dan ada yang supportive dan berunsur nasihat. Betapa masyarakat kita masih ramai yang bersikap merendah-rendahkan orang lain. I am so sad about this... :(  **saya tak nak screencap ayat-ayat perli orang sebab kesian.


Ada beratus komen juga pos ni. Seronok baca. LOL

Ramai juga yang perli pasal tak sabar sangat nak tunggu abis pantang, tak ikut pantang 100 hari lah blablabla. Terlintas kat fikiran saya "dorang yang condemn pasal pantang ni tak percaya kat rezeki Allah (SWT) nak bagi ke?". Bila tuhan nak bagi, dia bagi. Orang kalau ambil contraceptive pills sekali pun, bila dah Allah kata itu rezeki kau, thats it. Itu rezeki kau. Simple like that. At one point tu rasa "eh, default picture pengomen ni macam dah emak orang, tapi, ayat....laser betul!" Eh

Pada saya, takde masalah pun Puan tu nak kosong sebulan atau dua. Once nifas dah kering, rasa sihat, biaq pi lah kat dia. Puan tu minta pendapat dan bertanya jika ada yang berpengalaman nak bagi nasihat, tapi perli yang dia dapat. Mungkin Puan tu baru kahwin, tak tahu cara untuk rancang keluarga. Atau mungkin juga, (pernah ada kes) dia tak bersama sepanjang berpantang pun, tapi sperma hidup lama. Atau boleh jadi, Puan ni dah berumur dan hanya ada seorang anak sahaja, untuk menjarakkan kandungan bukan pilihan yang dia ada kalau nak anak lagi. You know? Calculation pregnancy bukanlah dikira ikut hari apa kau bersama. Kalau period, ikut tarikh first period yang last. Kalau dah ada janin ikut saiz janin yang varies tu. Ha. Complicated kan?

Ada juga komentator yang bagi alasan "badan nak pakai lama". Memanglah nak pakai lama, tapi I believe Puan tu mesti ada alasan sendiri. Lagipun, beranak jauh pun belum tentu umur boleh sampai 60 tahun, tettt! Ape lah... doa je lah yang baik-baik. Hihi

Beberapa bulan lepas, saya ada terbaca blog Namee pasal her pregnancy. Waktu pregnant baby Noah kan gap dia 3 bulan je dengan Adam. So, dia cerita macam-macam kata-kata perli yang dia receive. Nasiblah dia kuat, hehe. Sekarang, both boys dah besar dah pun. Namee pun sihat sajo. Pandailah Puan yang aju soalan tu jaga badan dia nanti, ye dak?

Oh mai.. I am so emak-emak posting about this. Kepoci dan emosi betul. LOL

Oh bye!

2 comments:

  1. selalu tgk gk iih ni. tp F je hehe tk komen. byk yg over mmg kata mintak pndapat dan pndapat org lain2 tu yg mcm2 kata2 "pendapat" yg keluar tu hehe

    ReplyDelete
  2. Kan ma ❥.. Macam-macam pendapat. Yang baiknya, kita boleh tau orang punya pandangan tentang sesuatu hal. Saya pun tak komen gak. Jadi silent reader je. Hihi

    ReplyDelete