Tuesday, September 6, 2016

Mak Chick Yunai, TTDI | 5 Sept 2016

Bismillah.

Hello, gais!
Sejak dua menjak berbadan dua ni, saya bukan main bermalas-malasan lagi nak memasak. Nasib baik suami jenis tak kisah. Kikiki. Dia pun jenis makan apa saja depan mata. Selain alasan malas, semalam juga, saya lapar awal. Boleh macam tu? Biasa pukul 8 malam baru lapar, so sempatlah nak bertukang kat dapur dulu. Semalam, balik kerja je, terus mengadu lapau kat Farid. Perut keriuk-keriuk. Saya juga cuba memprovok perut Farid untuk turut serta, lapar sekali, dengan bertanya soalan:

"Baby dalam perut I ni lapar sangaatttt ni. U mesti lapar jugak kan? U lapar tak? Lapar kan?"

Saya tanya. Saya jawab. Yass!

Oleh kerana kesiankan isterinya, haha, Farid suggest kita pergi try makanan food truck. Sekarang kan tengah trend jual makanan kat truck-truck kan. Jadi, Farid suggest untuk try "Mak Chick Yunai" food truck kat TTDI. Specialty dia adalah burger dan nasi lemak gunung berapi. Farid tahu pasal Mak Chick Yunai ni kat Facebook. Katanya, review rata-rata rakyat jelata mengatakan makanan yang dijual di truck Mak Chick Yunai ni sodap. Iye ke? Let us checkidaut.

Nama Food Truck : Mak Chick Yunai
Location : Tepi jalan bertentangan dengan Hong Leong Bank, Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Operating Hour : 7pm sampai 1am (Dinner to Supper)
Contact : 0176065797
FB : Mak Chick Yunai


Menu Mak Chick Yunai

Firstly, lepas park. Pergi check menu dulu. Memandangkan, first try, tak pernah makan sini. So kami tanyalah sikit-sikit pasal menu tu. Nama menu terlalu hipster sampai tak tahu amende ntah itu. LOL. Saya order Set Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah, while Farid Order Burger Daging. Lepas balik, kami scroll2 lagi FB, and kami dapati kedua-dua makanan yang kami order bukan mereka punya 'top sale' menu. Selalu begitulah kami. Salah perkiraan. Kahkah. Dengarnya, yang best kat truck mereka ni adalah "Nasi Lemak Gunung Berapi Set dgn fries" dengan "Burger Ayam" (nama dalam menu tak sure).


Di conduct oleh sepasang suami isteri dan seorang pembantu.

Ni food trucknya. Warna yellow okey. Kuning. Baju pink tu saya rasa Mak Chick Yunai nya. Agak Yuna dan Chick karakternya, ewah. Baju hitam dan tudung hitam nun, pekerja truck tu juga. Yang baju biru tangan masuk kocek tu tengah fikir lagi nak makan amende. Susah betul dia nak decide.


Mr. Mastermind

Ada sediakan few meja dekat keliling truck tu. So boleh makan situ atau take away. Kami makan situ lah sebab nak menikmati feeling makan street food (konon!). Haha. Padahal malas nak kemas balik, kalau makan kat rumah. Ni kes, balik pikir nak melingkau je ni. Waktu kami makan tu, ada few other customers. Maybe malam lebih meriah sebab kami pergi tu within Maghrib period.

Farid's Food - Burger Daging (RM9).
Patty macam buat sendiri. Farid suka sos dia.
Melimpah ruah ke ladang gandum.

Ini Syaf Power Punya - Ayam Rempah (RM6 include nasi lemak).
Chicken tasted a lil bit salty. Sos hitam salad tu dap.

Ini pun Syaf Power punya - Sik Mak.
Kenapa Syaf Power ada 2 dishes, sebab... Syaf Power. Got that?
LOL. Sambal tak pedas, rasa manis.

Overall, yang paling sedap among all, sos yang kat salad dengan burger. Sambal nasi lemak, okey-okeylah sebab saya pernah rasa yang lagi okey kot. Eh. For beverage, tak ada banyak choice, ada air mineral and air tin teh crysanthemum. Kami amik air tin sebab air masak ada dalam beg, memang bawak balik dari office tiap-tiap hari. (At first ingatkan minumam tu satu set dengan makanan, rupanya kira asing. Kalau tahu awal, kami tak order lah sebab dah ada air. Hihi.)


TOTAL SPEND: RM19 for 2 pax
Burger Daging : RM9
Nasi Lemak Ayam Rempah : RM6
Air Tin Chrysanthemum Tea : RM2 each (we took 2 cans)


Dik Syaf bagi rating:
Taste: ⋆ ⋆ ⋆ (worth trying! :) )
Price: ⋆ ⋆ ⋆ (a lil bit expensive than what we expect, ke sebab we ols cheapskate? :P)
Location: ⋆ ⋆ ⋆ ⋆ (easily located - kat TTDI mmg banyak food truck)
Service: Layan Diri


Toodles!

1 comment:

  1. Yay ade template lepak baru! Thanks for sharing :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete