Wednesday, October 12, 2016

Breastfeeding Talk | 11 Oct 16

Hai koranggggg!

Semalam, sementara nak tunggu turn untuk antenatal check up, saya disuruh ke kelas breastfeeding yang di organise Klinik O&G Hospital Sungai Buloh. Betapa pentingnya breastfeeding ni, sampaikan semua emak-emak mengandung disuruh-suruh ke kelas ni. Memula saya nak mengelat juga, pasal fikir macam awal lagi, baru nak masuk 4 bulan kottt. Tapi, join je lah. Nak tunggu turn jumpa doktor lama nak mampuih. Haha. At least, adalah juga input dan terisi lah juga otak ni sambil-sambil nak tunggu turn tu kan. Lagipun previous pregnancy memang takde chance nak join. So takpe, ilmu free.


*****
Nothing important yang boleh saya share. Sebab basically, ilmu breastfeeding ni untuk diri sendiri dan orang terdekat kita saje, macam suami kita. Teknik maybe boleh share. Tapi, kita tak boleh suka-suka suruh orang lain breastfeed anak dia guna apa yang kita belajar kat Kelas Breastfeeding tu sebabnya tak semua orang boleh breastfeed anak. And status ibu yang tak boleh breastfeeding biasanya tak diheboh-heboh, entah, maybe hal tu memalukan atau taboo. Contoh emak-emak yang tak boleh susukan anak, emak yang ada HIV. And semua kena tahu, HIV bukan boleh kena kat orang jahat je. Another misconception, haihhh. Mana ada ibu yang taknak susukan anak kan. Tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana. And saya baru tahu, orang yang ada penyakit cancer, kalau tahu je pregnant, terus kena terminate baby :(.... So, girls, jaga makan. Avoid any kind of cancer.

Teknik menyusu ibu boleh google. Banyak dah orang share sekarang. Hehe. Yang ada masalah puting tenggelam ke kecik ke ape ke, semua boleh je susukan anak sebenarnya. Orang yang tak pergi kelas macam ni, memang akan rasa down bila fikir fizikal macam tak mampu. Tapi, sebenarnya...boleh! Allah SWT cipta emak-emak semuanya perfecto for her kids. Sebaik-baik emak untuk si anak. :)

Lagi satu benda yang saya baru tahu, colostrum yang susu pertama keluar, which kadang-kadang waktu 6-7 bulan mengandung dah keluar tu rupa-rupanya kita kena tadah and simpan. I really just know that, I was like "seriously 7 bulan dah kena berEBM bagai??". Saya tahu susu yang first tu boleh act as antibody untuk baby, sangat bagus untuk perut bayi, tapi tak pernah terfikir pun benda tu sesaaaangat penting sampai nurse kata, tadah - simpan. Susu ibu yang disimpan di freezer, boleh tahan 3 bulan. So waktu dah deliver baby nanti, kalau si ibu fit, boleh terus bagi colostrum yang disimpan tu kat baby. Boleh bawa siap-siap ke labor room dan cairkan siap-siap.


And nurse ada share tips untuk kenal bekas yang BPA free. Bekas-bekas yang boleh diguna untuk simpan susu ibu. Bekas yang BPA free biasanya color kelabu asap (warna plastik lutsinar yang tak jernih). Kalau jernih tu maknanya bukan BPA free. Tak elok untuk kita guna, sebab boleh rosakkan susu ibu. Dan seelok-elok bekas simpanan susu adalah dari bekas kaca. Tapi tak ramailah nak guna kaca sebab mahal, dan susah nak diurus kan - fragile. Kang bawa kehulu-kehilir, abis pecah. So, alternative dia, tu lah... bekas plastik yang BPA free macam bekas dadih tu. Oh ya, dont forget to do the labeling, tarikh sekian sekian.

Image result for BPA free plastic vs non BPA free

Kalau korang perasan, bawah botol ada label recycle with number code gitu kan. Setiap number ada maksud-maksud dia. Boleh check sendiri.


*****
Itu saja yang boleh share. Syukurlah saya join kelas tu. Lepas ni entah bila ada masa nak selit ke kelas macam tu hahaha. At least ada juga part-part bila nurse tu bercerita, saya macam "ohhhh......", "lah....yeke??? asal tak terfikir benda simple macam ni." Kahkah

Kelas tu dalam 40 minit macam tu. Lepas 40 minit, balik ke ruang menunggu Klinik O&G Hospital Sungai Buloh. Duduk 5 minit and....tara... nombor saya dipanggil. Haha rasa masa berlalu begitu pantas sekali. Kalau saya tungguuuuu je dari tadi, mahu reput saya tinggal tulang kat situ LOL.

1 comment:

  1. Dah lama tinggalkan zaman menyusukan anak ni Syaf. Bagi Syaf yg baru nak mula ni. Hakak wish Gus Luck ajelah ye hihi...
    Tapi seronok Syaf, terasa air susu tu keluar, breast kita membengkak.... ohhh best....best....

    ReplyDelete