Tuesday, April 26, 2016

Convo-day | 23 April 2016

Hello everyone!

Last Saturday was my graduation day. Since every ticket for Graduand's guest is charged 25£ each, so, I decided to only bring my Farid there. It was not a difficult decision actually, since my parents already came for my diploma graduation, so they are not that excited or eager or interested to see another convocation of mine. Hehe. Well, attending convo with a husband is wondahful guys, so cepat kahwin! Lol

The ticket
Saya tak ingat berapa entah yuran graduasi waktu diploma tahun 2013 dulu, tapi tak semewah kali ni lah, 75£. Nasib baik makanan sedap, so tak ada lah aku kesali setiap sen yang ku taburi, gitu! Haha. Ya Allah, tak sangka dah tujuh tahun berhempas pulas lepas habis sekolah dulu and finally I AM OFFICALLY GRADUATED with honour! Ini gila ini gila ini gila! Hahaha sorry saya memang over nak mengexpressi keterujaan ini di sini.

Gila kot, pergi kelas ulang alik dari Damansara ke Setapak waktu diploma 4 tahun, lepastu ulang alik dari Damansara ke Subang Jaya pula 2 tahun setengah, setiap hujung minggu (sebab saya study part time: weekdays kerja, weekend pergi kelas) hanya untuk sekeping kertas berupa hard cover yang dipanggil ijazah. Nak tambah kepiluan lagi, setiap ulang alik itu, saya menaiki sebijik motosikal Lagenda 110 kepunyaan ayah tercinta, weyyy memori sangat tau! Pernah satu sem dulu pergi exam baju basah lencun, duduk dalam air-cond. Wuuu~ akan ku kenang saat itu.

Oh anyway guys, it was a course offered by Liverpool John Moores University (collaboration dengan local U), that's why saya tak habis-habis dengan pound sterling tu, sebab tak tahu entah tahun bila baru dapat belanja pakai pound sterling kat UK lol. Kepoh ke tak kepoh?

Me and My 25 pound sterling guest lol

Another 2 years, saya teman husband convo pulak, insyaAllah, since he already in the midst of finishing his degree, part time jugak. Bertabahlah awak. (Thanks for the Satay Zaini treat :P)

Last few month, coursemate ada ajak sambung buat Master, since government ada offer MyBrain untuk sesiapa yang nak sambung Master. MyBrain ni macam bantuan gitu lah, ke sponsor, ke incentive - tak tahu nak panggil apa. Government bayarkan RM10k from the total course fees. Tak silap saya, untuk galakkan lebih ramai orang ambil Master. Macam course yang kawan saya ajak tu, RM37k, so saya kena bayar RM17k sendiri while the balance of RM10k dibayar menggunakan MyBrain. So, anyone yang berkira-kira or tengah considering nak sambung belajar lepas degree, boleh try apply for this MyBrain program. Ada kemudahan dan bantuan, kita grab. Jangan sia-siakan hehe.

As for me, buat masa ni, tak terasa nak sambung dulu. Maybe later. Sebab 7 tahun belajar part time ni sangat penat. Nak sambung for another 2 years, aduiiii....nanti dulu lah. Maybe nak berjoli dulu dengan kertas ijazah ni for at least 3 years, maybe? Lol. Tapi, saya galakkan orang-orang yang intent nak sambung belajar. It worth your effort, kawan. Belajarlah selagi mampu dan selagi boleh. :)

Me and the other survivors, Congrats everyone!
To end this post, tahniah saya ucapkan kepada diri sendiri dan yang lain-lain.
Selamat membayar PTPTN RM35k, bluerk! :P

Saturday, April 16, 2016

Ridwan Bin Muhammad Farid

Hi. 
Sky wouldn't always be blue, everyone. Setiap kehidupan ada ujian sendiri.

September 2015
September hari tu, UPT test saya positif. Saya pregnant! Semua happy, saya happy, Farid happy, family semua happy hehe. Sebelum dapatkan confirmation dekat klinik, saya buat test dua hari berturut2, sebab tak yakin (first pregnancy syndrom :P). Hari pertama, saya ambil gambar dan send kat Farid sebab waktu tu kami tak tinggal sekali lagi. Kami decide taknak bagitahu family dulu, sebab nak tunggu second test, baru bagitahu. Esoknya, result positif juga! Kami kongsi berita gembira tu dengan family. Excited!

Positive! Yeay :D

After few weeks, kami pergi Klinik Zanawati, Jasin untuk scan dan dapatkan pengesahan klinik sebelum buka buku pink. Pergi waktu weekend kat Melaka, sebab boleh pergi dengan Farid. Waktu ni, doktor kata, dah 6 minggu. Ada kantung dan doktor nampak, ada heartbeat. Yeay! Doktor ni best: first, sebab dia perempuan dan soft! Second, sebab dia explain detail tentang what is the do's and dont's untuk awal kandungan.

Doktor check, ada baby! Everything is just normal!

Doktor explain semua, dari keadaan rahim hinggalah keadaan baby. Kami dengar je. Saya tak boleh berhenti senyum tenguk skrin. Hehe over excited? Nak jadi mommy kot! Gila tak excited.

and...I am ONE HAPPY MOMMY!

Balik rumah, asik lah mengadap filem dari scan baby tu hehe. Tujuh hari tujuh malam duk tenung filem saja (another first pregnancy syndrom I guess :P). Bercakap pasal syndrom, saya tak ada apa-apa morning sickness. Tak ada alahan, muntah-muntah semua tak ada. Selera makan je bertambah.

Filem dari scan yang pertama kat Klinik Zanawati

November 2015
Farid dapat transfer KL. Another rezeki! Alhamdulillah sangat, dah dekat dengan husband! Betullah, perancangan Allah adalah yang terbaik. I was confirmed pregnant and rezeki husband dapat transfer KL.

Disember 2015
Saya dan husband ke Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya untuk buka buku pink. Berat saya sebelum mengandung tak pernah reach 45kg. Tidak pernah langsung. Paling berat, 43kg haha. Waktu buka buku, berat saya 46kg. An achievement!

Waktu buka buku, my HB was low, 9.6, so nurse bagi Zincofer dan suruh kurangkan pengambilan teh dan kopi, makan benda-benda yang boleh tambah darah macam kerang, bayam blablabla. The rest were all fine. Kalau ikut usia kandungan lepas scan di Klinik Zanawati dulu, minggu yang saya buka buku tu, minggu ke 8. Tapi, nurse kat KK buat kiraan yang saya tak tahu macam mana, kandungan saya dah 10 minggu. Dorang letak tarikh jangka bersalin 29 Mei 2016.

Lepastu, hari-hari berjalan seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja. Weekend, balik Melaka atau jalan-jalan. Kalau ada appointment di KK, saya amik leave dan attend. Tak pernah miss.

Waktu minggu ke 13, ada appointment KK untuk jumpa doktor, check dan scan baby. Keadaan saya okay, HB dan BP normal. Baby pun sihat. Doktor scan, tapi tak bagi filem scan. Dari skrin, saya nampak baby normal. Doktor tunjuk heartbeat baby. Doktor kata, KK tak provide filem untuk patient. Dia suruh buat appointment dengan Vision College untuk Detail Scan. Saya call Vision College untuk set appointment, the only date yang free adalah 19 Januari 2016. Earlier than that, semua fully booked by other preggy mommy. So, saya okay. Saya kata saya akan attend untuk Detail Scan 19 Januari tu. Memandangkan saya adalah seorang bakal ibu yang teruja, jadi, saya booking another Detail Scan session dekat Hospital Pusrawi pada 15 Januari 2016.

Minggu ke 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 berjalan macam biasa. Tak ada apa-apa yang pelik. Minggu ke 16, saya dah start rasa baby's movement in me! God, excited!! Ada satu hari tu, dalam minggu ke 18, saya suruh Farid rasa ada movement kat surface perut. Dia sentuh dan teruja. Hehe

Semua orang kata saya carry baby boy. Ayah kata, baby boy sebab perangai saya yang lasak kehulu-kehilir, ada jerawat di muka, selekeh. Mak mertua kata, baby boy sebab anak buah saya, baby girl, dia nak dengan saya bila saya cuba nak pegang dia, tapi bila suami saya pegang, dia tak mau. Uncle Cina kedai kasut kata, baby boy sebab bentuk perut saya. Mostly kata baby boy. Farid je kata baby girl. Alasan dia, sebab dia taknak sama dengan orang lain. Nak blergh boleh? Hahaha

Hujung minggu ke 19, saya bangun tidur rasa kaki macam gelembung sikit belah atas. Waktu tu dekat rumah ibu, saya tanya ibu, normal ke kaki bengkak waktu pregnant. Ibu kata normal kalau dah dekat-dekat dengan tarikh bersalin. Kalau baru nak masuk 5 bulan, tak pernah pula dia kena. Makin hari, kaki makin bengkak. Saya pergi kerja, tanya akak-akak yang dah pernah mengandung, normal ke tak kaki jadi macam tu, depa kata tak normal juga. Selipar sampai tak muat nak pakai T.T

Makin hari, makin bengkak :(

7 Januari 2016
Farid bising, suruh pergi check kat Klinik sebab tak normal kaki bengkak teruk sangat. So, malam Khamis minggu ke 19, Farid bawa saya ke Klinik lepas waktu kerja. Klinik Mediviron Damansara Perdana. Doktor check tanya apa masalah saya, saya cakap "saya pregnant 19 weeks, kaki saya bengkak macam ni, normal tak?" Doktor check kaki, pastu picit nak tengok ada pitting or tak. Dia panggil tu Pedal Edema. Dia kata tak normal and awal sangat. Biasanya, kaki jadi bengkak bila dah nak bersalin.

Lepastu, dia kata nak check BP dengan body temperature. BP saya over 160. Doktor terkejut and suruh saya refer hospital immediately. Dia buat surat rujukan ke hospital dan pesan jangan tunggu esok, katanya. Farid over worried. Kalau ikut saya, pergi je lah lepas waktu kerja esok, sebab esok dah Jumaat. Kami pergi malam tu juga. Dia kata, probably awak akan admitted untuk monitor BP. Sambil dia prepare surat tu, sambil dia membebel kata bahayalah, boleh kena pre-eclampsia lah, boleh membahayakan diri dan kandungan lah blablabla. Saya dengar je.

Nak bend kaki pun tak boleh dah.

Betullah kata doktor tu, saya admitted Hospital Selayang. Dua malam. Farid teman. Hari Jumaat, Farid amik cuti sebab teman saya. My first time warded after soooooo long! Malam sebelum masuk ward, doktor dok control BP, suruh baring mengiring je lama-lama. Every 15 minutes, dia amik bacaan. Bacaan keep naik reaching 180, sampailah dorang give up, dorang bagi Labetalol dua biji. Dah turun 150 lebih, baru dorang tolak saya masuk ward.


A must, iv drip.

Dua hari kat ward. Doktor takde check baby pun (saya kecewa betul waktu ni). Dalam lebih kurang 2 hari kat situ, takde sekali pun dorang nak scan tengok baby. Dorang ada scan, check heartbeart guna ultrasound yang dengar bunyi tu je. Takde check yang boleh tengok kat screen tu :(. Tak nampak keadaan baby kat dalam.

Makan dulu sebelum discharge!

Duduk kat bilik dengan 3 orang patient lain. Tiga2 yang lain baru lepas keguguran dan 'cuci'. Saya sorang je dalam ward tu yang masih dengan perut boyot. Rasa tak sedap juga, dorang letak saya satu ward dengan orang yang baru kehilangan. Nasib baik satu malam je. Dorang ada cerita macam mana boleh gugur, process D&C macam mana, semua tu. Saya dengar je.



Dalam pukul 8pm Sabtu saya dah boleh discharge! Discharge berbekalkan slip untuk buat daily BP check kat mana-mana klinik dan ubat BP - labetalol - dan cuti seminggu untuk rehat! Next appointment, February. Lepas discharge terus pekena McD kat Selayang Mall, sebab teringin. Aci? Haha

11-13 Januari 2016
Lepas dua hari discharge, saya pergi check BP kat Farmasi bawah block saya, 148/95. Lepas tu, hari rabu, pergi KK. Tunggu berjam-jam juga semata-mata nak check BP ONLY! BP still 150+. Nurse tanya, saya penat ke? Saya cakap tak pun. Tapi nafas saya memang dah start pendek waktu tu. Tak boleh nak tarik nafas panjang2. Tak mampuuuuu~ huhu

15 Januari 2016
Saya ada appointment jam 8.30pm di Hospital Pusrawi, Kota Damansara, untuk Private Detail Scan Baby dengan Jezzlyn (Sonographer). Saya ajak Farid teman, as usual! ;) Kami sampai lambat, so turn saya last sekali. Pukul 10 baru masuk jumpa Jezzlyn. Dia letak je alat scan tu atas perut terus dia terkejut.

Sonographer: Eh, awak tak pernah pergi scan baby awak ke sebelum ni?
Saya: Pernah. First waktu nak confirm pregnancy. Second, dekat KK waktu 13w. Kenapa ya?
Sonographer: Lepastu awak tak ada check dah ke? (Sambil dok tengok screen and pusing2 alat scan atas perut)
Saya: Tak pernah. Last waktu kat KK. Next nak buat detail scan 19 Januari nanti. Ni saja nak buat sendiri dulu hehe. Kenapa ya? Ada apa-apa ke? (Saya tengok screen, tapi tak dapat cam bentuk baby)
Sonographer: Baby awak ada. Ada heartbeat. Tapi...

Jezzlynn told me what happen to me and baby. I was shocked! Farid pun. The baby has hydrop. Hydrop fetalis. Bawah kulit baby dah penuh air. Dalam organ baby ada air. He cant survive any longer. Memang ada heartbeat, memang baby masih hidup, tapi saya baru 20w. Saya baru separuh perjalanan. Macam mana saya nak tolong baby saya untuk survive lagi 12 minggu (at least!). She said, from her own experience, tak ada kes hydrop fetalis yang survive. Dia tak tahu punca. Tapi dia yakin, itu hydrop fetalis. So, she suggest us to get second opinion from Gynae. Hari dah malam sangat, waktu tu dah 11 lebih. So, malam tu I was crying all night long, tak sabar nak tunggu esok untuk jumpa doctor for second opinion.

16 Januari 2016
Esok pagi, saya readykan mental untuk sebarang kemungkinan. Lepas dengar Jezzlyn explain semalam, lepas dengar Farid pujuk dan ingatkan pasal ada hikmah untuk semua yang terjadi, tentang takdir, saya macam kuat untuk keluar dan confirmkan dengan doktor. Tapi, hati saya masih mengharapkan semua tu tak betul.

Mula-mula kami ke PPUM, tapi PPUM tak entertain patient yg nak jumpa doktor pakar last minute - kena buat appointment dulu. Kami taknak tunggu lagi, so kami ke Damansara Damai Medical Center (DDMC) for second opinion. Pagi-pagi dah keluar, breakfast dan sampai di DDMC dalam jam 10 lebih. Doktor Farah yang bertugas waktu tu. Pagi-pagi tak ramai orang, hari sabtu pulak tu. Dalam pukul 10.30 pagi dapat jumpa doktor. Doktor check urine, BP and scan. The result was awful :(. BP 170+, Protein dalam Urine 4+ Solid, Baby was just like yesterday- banyak bubble air). Doktor kata tak boleh survive sebab BP saya terlalu tinggi. By hook or by crook, saya kena teminate kandungan saya. Saya sedih dan menangis semula.

Doktor Farah prepare letter untuk refer Government Hospital sebab kes yang rarely happen macam ni, private hospital tak nak ambil sebab takut tak cukup equipment. So, dorang arrange ambulans untuk bawa saya ke Hospital Sg Buloh, hospital terdekat. Lepas cucuk iv drip, masukkan ubat darah tinggi melalui drip tu, dalam pukul 12.30pm ambulans sampai. Farid drive follow belakang ambulans.

Ni akak yang jaga saya dalam ambulan.
Saya nak jalan sendiri, dorang tak kasi takut
jatuh

Ambulans terus turunkan katil saya kat emergency room. Dorang check baby, masih ada heartbeat, doktor pakar kata memang kena terminate. My BP uncontrollable. Kalau nak keep the baby, it will risk my life and my baby tak akan boleh hidup lama since dia baru 21w dalam kandungan. Saya sangat sedih! Saya menangis sepanjang dalam bilik kecemasan. Doktor X-ray organ dalaman saya, paru-paru saya dah ada air. Dia ada bagitau posibility kenapa baby jadi macam tu: 1) Partial Molar, 2) Thalasemia, 3) Infection. The exact result can only be assured lepas keluarkan baby dan buat test ke atas uri.

Doktor bagitau saya kena jalani pembedahan hari tu juga, immediately. Saya ada minta untuk postpone, terminate lepas saya discuss dengan suami dan family. But they said, cant delay any longer. Dia minta persetujuan suami saya dan bagitahu risiko-risiko pembedahan termasuk kemungkinan akan ke ICU. Saya takut. Doktor tanya bila last saya makan sebab untuk procedure pembedahan, patient kena puasa for at least 6 hours. Saya kata 9.30 pagi tadi. Lepastu saya tak ada makan dah. Jam dah pukul 3pm waktu tu. Kesian kat suami dia pun ikut tak makan sekali. Waktu tu, dia ada teman saya sepanjang-panjang saya kat dalam bilik kecemasan. Pukul 5pm saya ditolak ke Operation Theater.

Less than 24 hour I know about my baby's condition and I have to terminate him.... :(

Farid snap this. Waktu ke Operation Theater

Few hours, lepas Maghrib, saya siap operate. Saya dengar orang sebut nama saya, nurses and doctors. Saya buka mata, dan saya blur, tak tahu kat mana. Lepastu baru semua benda appear dalam kepala semula, Me, baby, my husband.

Semua okay, saya okay. Saya ditolak ke ward. Waktu dah sampai ward, saya tanya nurse, mana suami saya. Lepas beberapa minit, saya nampak Farid datang. Muka dia nampak letih dan risau betul. Entah makan ke tidak huhu. Farid bagitahu both parents ada datang. Arwah Baby nak dibawa balik kebumi kat Melaka. Betul jangkaan semua, Baby Boy. So, ibu ayah akan bawa baby balik. Farid teman saya kat hospital. Doktor bagitahu, saya akan ada dekat ward at least 5 days untuk di-monitor. Saya tak dapat tengok baby. Tapi Farid ada amik gambar baby, dia tak tunjuk kat saya malam tu sebab emosi saya masih tak stabil. Saya masih sedih. Saya pegang perut dah tak besar macam selalu. Farid selak selimut bahagian kaki saya dan bagitahu kaki saya dah tak bengkak lagi.

Sebelum ibu dan ayah balik melaka, dorang ada bergilir-gilir jumpa saya di ward. Mak ayah dengan family kakak ipar tak sempat jumpa sebab dorang datang dengan anak kecil, tak boleh nak bawa masuk wad.

My Personal Doctor

Saya duduk wad, 6 hari. Farid tak pernah miss datang everytime sampai waktu visit. Kadang-kadang duduk situ berlebih-lebih masa. Kadang nampak baju kerja dia kedut-kedut sikit (tak reti gosok betul2 haha). 4 hari saya tak berjalan. Baring je. Perut sakit. Hari ke 5 baru belajar jalan. Fisioterapist datang berkali-kali nak test paru-paru saya. Doktor datang dok cucuk sana sini sebab nak check condition darah. BP saya slowly back to normal sampai hari ke-6. Kaki dah tak bengkak. Hari ke 5-6 saya belajar berjalan.

Katil kiri kanan semua ada baby kat sebelah. Saya je tak ada baby :( Kadang-kadang saya menangis, sampai dorang panggil kaunselor datang kaunseling sebab takut saya meroyan haha. Tapi, alhamdulillah okay. Sedih tu perkara biasa lepas kehilangan. Tapi jangan over. Waktu ni, sokongan suami saya sangat membantu.

Alhamdulillah. Perasaan nak jadi ibu tu memang tak ternilai. 21 minggu yang sangat valuable. Rindu anak saya, Ridwan bin Muhammad Farid. Doktor advice saya untuk tak mengandung dulu for at least 2 years, supaya luka ceaser tu sembuh dulu.

Datang, tidur pun takpe hehe.
Janji datang, teman saya!

Thank you!
Update Result: Doctor finalise and confirm that Ridwan was infected by Parvovirus B19, prolly sejak minggu ke-15 sebab virus tu ambil masa nak spread and reach baby. Doktor cakap, virus tu mungkin berpunca dari berjangkit dengan kanak-kanak yang tengah demam (Saya rajin berjalan kat mall2 waktu pregnant). Antara simptom, demam biasa, ada bintik-bintik merah bawah permukaan kulit. Bintik-bintik merah tu saya baru perasan lepas operation sebab sebelum tu macam tak obvious sgt, macam ruam biasa yg tak berapa jelas.

Tuesday, April 12, 2016

Why did you have a bad day?

Consider a situation: You're eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You harshly scold your daughter for knocking the coffee cup over. She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your wife and criticize her for placing the cup to close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus. Your wife must leave immediately for work.You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 80 km an hour in a 60 kmph speed limit. After a 15 minutes delay, you arrived at school. Your daughter runs to the building without saying good-bye. After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to going home. When you arrive home you find a small wedge in your relationship with your wife and daughter. Why? Because of how you reacted in the morning.

Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?
The answer is D.

You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day. Here is what could have and should have happened. Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry.You gently say "It's OK honey, you just need to be more careful next time". Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase. You come back down in time look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves. You and your wife kiss before you both go to work. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good a day you are having. Notice the difference. Two different scenarios. Both started the same. Both ended different. Why? Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% is determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 secret:

If someone says something negative about you, do not be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out, etc.

How do you react if someone cuts you off in traffic? Do you lose your temper? Pound the steering wheel till it fall off? Do you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you try and bump them? WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why let the blue car ruin your drive.

Remember the 90-10 principle, and do not worry about it! You are told you lost your job. Why lose sleep or get irritated? It will work out. Use your worrying energy and time into finding another job.The plane is late. It is going to mangle your schedule for the day. Why take out your frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on. Use your time to study, get to know the other passengers, etc. Why get stressed out? It will just make things worse. Now you know the 90-10 secret. Apply it and you will be amazed at the results.

Via ComedyFlavors



Wondering:
How long will this story motivate me before its become immune, again? Tenene