Thursday, August 25, 2016

Buah-buahan Childhood

Oh maiiii... tetiba feeling throwback apesal entah. Haha.

Hello gais!

Korang ada buah-buahan waktu childhood. Buah-buahan yang korang makan waktu kecik-kecik, dah besar ni tak jumpa dah. Tak tau lah memang pokok buah ni hidup kat tempat-tempat tertentu je ke atau memang dah tak ada lagi sekarang ni?


First dan paling rindu, Jambu Botol. Rasa masam-masam kelat gitu. Sedap gila. Makan cicah garam ngan kicap. Huuu, kecur liur. Saya kenal buah ni waktu saya sekolah rendah, last makan waktu darjah 4, darjah 5 dulu which was 15 years ago. Waktu tu, saya tinggal kat Kem Majidee, Johor Bahru. Kat rumah jiran saya tu ada pokok Jambu Botol ni. Bila musim berbuah je, ibu selalu suruh pi minta sikit kak tuan pokok tu hehe. Jadi, sayalah tukang mengambilnya. Dari rumah, berjalan kaki ke rumah jiran kat hujung jalan, sambil kibar-kibar beg plastik sebab nak pi kutip Jambu Botol. Dulu, dengan jiran-jiran main minta-minta je. Nak daun pandan, minta. Nak daun kari, minta. Nak serai, minta. Zaman saya sekarang, jangankan daun kari mahupun serai, jiran pun kita kurang kenal. LOL kalau terserempak, saya 'hai hai' je.

Rindu betul rumah dulu. Dekat depan rumah kitorang duduk dulu, ada satu batang pokok saga besar. Kami adik-beradik selalu kutip biji saga tu buat main jual-jual. Hihi



Belakang rumah ada pokok kuini. Kuini sedap dan wangi! Sekarang baru rasa bertuah ada ayah yang keje askar dulu, sebab boleh pindah randah rasa duduk macam-macam tempat haha. Dulu rasa tak suka, pasal kalau pindah je nak kena cari kawan baru. Budak perempuan kan macam memilih sikit bab kawan-kawan (ke saya je?). Kalau budak lelaki suka lah pindah-pindah ni sebab dorang mudah berkawan dan boleh melebarkan network, ewah! Ramah-tamah gitu.



Yang keduanya, saya rinduuuuuuuu buah cermai. Buah ni saya kenal waktu kecik sangat-sangat lagi, dalam 4-5 tahun. Waktu belum sekolah lagi. Waktu kat rumah tok som (atuk saya), kat Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Muar. Sekarang, rumah kampung tu pun dah takde sebab atuk dah lama takde. Huhu. Pokok tu saya tak tau ada lagi ke tak.

Selain rindu dua jenis buah ni, saya rindu zaman childhood saya.

Dan sekarang ni, saya nak tau, mana nak cari jambu botol tu. Betul-betul terliur dah ni!!

Wednesday, August 24, 2016

Pregnant Jarak Dekat

Hi korang!

Lately ni, tengah bosan-bosan saya rajin lah nak scroll-scroll FB baca pengalaman orang dekat account FB macam IIUM Confession, Kisah Rumah Tangga dan Info Ibu Hamil. Seronok dan kita boleh tahu macam-macam jenis pengalaman orang. Ada cerita positif, ada yang negatif. Tapi saya baca, habis kat situ je lah. Takde lah terbawa-bawa sampai memberantakkan-kan hidup saya. LOL ada ke ayat 'memberantakkan-kan' ni dalam kamus?

Pertamanya, yang post cerita tu semuanya anonymous. Jadi, ceritanya jadi jujur dan ikhlas. Takde tapis-tapis / cover-cover line. Itu yang buat kita nampak tentang realiti kehidupan tu. IIUM Confession tu mostly pasal kekeluargaan. Kisah Rumah Tangga tu pulak banyaknya cerita pasal masalah rumah tangga orang dan kadang-kadang ada tips-tips yang kita boleh pakai dalam nak improve hubungan rumah tangga. Kalau yang negatif tu pandai-pandailah put aside, ye dak? Jadikan sempadan. Yang Info Ibu Hamil tu pasal pregnancies and baby, of course. Macam-macam cerita, soal jawab dan tips yang ada. Kadang-kadang funny. Kadang-kadang saya rasa "eh, benda basic macam ni pun ada yang tak tahu rupanya ek?" Punyalah kita ingat semua orang tahu apa yang kita tahu. Lepastu baru sedar diri, jangan sibuk nak judge orang. Ha ha ha

Semalam dalam scroll-scroll tu, ada satu isu ni buat saya tertarik nak tengok follow up dia. Pagi tadi pun scroll lagi nak tengok ape komen kat bawah pos tu hehe. Nak tengok penerimaan orang tentang pregnant jarak dekat. Sis yang aju soalan ni, dia kosong 1 bulan je. Komen-komen bawah tu ada yang berunsur negatif / memerli dan ada yang supportive dan berunsur nasihat. Betapa masyarakat kita masih ramai yang bersikap merendah-rendahkan orang lain. I am so sad about this... :(  **saya tak nak screencap ayat-ayat perli orang sebab kesian.


Ada beratus komen juga pos ni. Seronok baca. LOL

Ramai juga yang perli pasal tak sabar sangat nak tunggu abis pantang, tak ikut pantang 100 hari lah blablabla. Terlintas kat fikiran saya "dorang yang condemn pasal pantang ni tak percaya kat rezeki Allah (SWT) nak bagi ke?". Bila tuhan nak bagi, dia bagi. Orang kalau ambil contraceptive pills sekali pun, bila dah Allah kata itu rezeki kau, thats it. Itu rezeki kau. Simple like that. At one point tu rasa "eh, default picture pengomen ni macam dah emak orang, tapi, ayat....laser betul!" Eh

Pada saya, takde masalah pun Puan tu nak kosong sebulan atau dua. Once nifas dah kering, rasa sihat, biaq pi lah kat dia. Puan tu minta pendapat dan bertanya jika ada yang berpengalaman nak bagi nasihat, tapi perli yang dia dapat. Mungkin Puan tu baru kahwin, tak tahu cara untuk rancang keluarga. Atau mungkin juga, (pernah ada kes) dia tak bersama sepanjang berpantang pun, tapi sperma hidup lama. Atau boleh jadi, Puan ni dah berumur dan hanya ada seorang anak sahaja, untuk menjarakkan kandungan bukan pilihan yang dia ada kalau nak anak lagi. You know? Calculation pregnancy bukanlah dikira ikut hari apa kau bersama. Kalau period, ikut tarikh first period yang last. Kalau dah ada janin ikut saiz janin yang varies tu. Ha. Complicated kan?

Ada juga komentator yang bagi alasan "badan nak pakai lama". Memanglah nak pakai lama, tapi I believe Puan tu mesti ada alasan sendiri. Lagipun, beranak jauh pun belum tentu umur boleh sampai 60 tahun, tettt! Ape lah... doa je lah yang baik-baik. Hihi

Beberapa bulan lepas, saya ada terbaca blog Namee pasal her pregnancy. Waktu pregnant baby Noah kan gap dia 3 bulan je dengan Adam. So, dia cerita macam-macam kata-kata perli yang dia receive. Nasiblah dia kuat, hehe. Sekarang, both boys dah besar dah pun. Namee pun sihat sajo. Pandailah Puan yang aju soalan tu jaga badan dia nanti, ye dak?

Oh mai.. I am so emak-emak posting about this. Kepoci dan emosi betul. LOL

Oh bye!

Thursday, August 18, 2016

Seketul "Penyokong Malaysia" yang awkward di TV3

Hai korang!

Being Self-conscious is never been easy gais! Hahaha.

Semalam saja lah ajak Farid pergi tengok Badminton kat Sri Pentas. Konon-kononnya nak jadi one of the hipsturrr supporter lah kan, tengok badminton kat layar besar di perkarangan Sri Pentas. Lagipun Farid tak pernah lagi join such event since pindah Damansara. Saya dah pernah join dulu, sekali, dengan kawan-kawan office lama. Dulu, jadi supporter Harimau Malaya, skuad bola sepak negara. Lama dulu lah, 3, 4 tahun lepas rasanya. Tak ingat dah.

Kali ni, badminton pulak - Olimpik Rio 2016. To be honest, I am not a real sport fans hahaha. Tapi, ni Final Game kooooottt. Orang tak reti tengok badminton pun tetiba jadi Badminton Lover, gituhhh. Tapi, saya tahu lah pasal sport sebab dulu waktu sekolah saya amik Sport Science as elective subject (Form 4 & 5). Gila kalau tak tahu pasal basic rules dan konsep salah satu sukan pilihan rakyat Malaysia ni. Melingkup lah SPM saya! Lol

Jadi, saya aware lah pasal kondisi sukan negara, yang tak pernah menang any Gold Medal di Olimpik. And badminton is one of the main sport yang sumbang medal kat Olimpik since zaman anak-anak sidek dulu. Lepastu baru muncul sukan-sukan lain macam Diving dan Basikal (terbaru untuk tahun ini, Tahniah the Pocket Rocketman!).


*****

Oh, ya.

Sambung pasal cerita di Sri Pentas semalam. Kami sampai awal sebab saja nak tengok Lee Chong Wei's game sekali, suku akhir. So, he made it. Mara ke semi final and akan jumpa seteru utama dia Lin Dan.

Waktu sampai Sri Pentas tu, all the reporters tengah sibuk cari volunteer untuk bagi ucapan di TV. So, kami jadi salah sorang yang bagi ucapan tu. Ewah! Ini lah yang saya kata jadi self-conscious ni SUSAH, ANNOYING dan AWKWARDDDDD. Lol




Damn betul. Hahaha. Sebelum recording tu, saya dah plan nak cakap macam ni:

"Kami bangga dengan skuad badminton negara kerana sampai ke peringkat ini. Buat yang terbaik! Untuk beregu campuran dan lelaki negara, kita tinggal satu langkah lagi untuk Emas pertama negara. Kami yakin korang boleh! Malaysia Boleh!!"

Which end up, keluar dari mulut saya cuma:

"Malaysia Boleh!!" ....diikuti oleh awkward body gesture and cute (ke?) laugh.

LOL weyhhhh!! Sebab wartawan tu kata, "nanti bagi ucapan dalam 10-20 saat gitu eh". Yang keluar, 1.5 saat, plus 1.5 saat for that awkward moment. Eh, lawakkk la ingat balik! Hahaha susah kot nak cakap depan camera. Kalau time berangan depan cermin tu, bukan main lagi saya feeling "I-should-resign-being-a-QS-and-become-jornalist-instead" Jem otak.

Lepas recording ucapan tu on air kat Buletin Utama TV3, one by one kawan Farid dok Whatsapp and hantar gambar skrin tv masing-masing. Kemain tau. Yang wasap saya adalah sorang dua. Sendu. Yang lain tak tgk TV3 hahaha.

Fine! That gonna be my first and last on air. Let me be pemalu forever. Hahaha. Farid ada share suntingan interview tu kat wall Facebook dia (sebab dia kata, dia bagi ucapan confident gila, so dia satisfied! Saya nak nyampah dengan suami sendiri, boleh?). Tapi saya dah warning siap-siap, "share lah, but dont tag me" Kikiki. Malangnya, kawan-kawan dia sendu!! Dorang still tag me! Benci gilaaa!! Hahaha

Bye lah! Nak pi reput.

Tuesday, August 16, 2016

Habit gigit ais

I am an 'Ice Muncher'!

Gigit ais best kot wey. Lagi-lagi waktu tengah-tengah hari yang panas bahang gila tu. Puuuunyalah nikmat. Macam saya, tak kira lah breakfast ke brunch ke lunch ke hi-tea, dinner or supper. Asalkan tempat tu boleh sediakan ais, saya akan order ais. Teh ais, favorite saya. Tapi, kat rumah sendiri takde buat ais lah hehehe. Sbb petiais kecik, belah atas tu mmg muat-muat untuk letak lauk basah je. Lol

Ah-ha!

Bercerita pasal ais, pernah dengar tak pasal "perempuan tak elok minum ais especially waktu period sebab nanti darah berketul-ketul". Kesan jangka panjangnya pula, minum ais boleh menyebabkan cancer, kerana mereka kata ais boleh memerangkap lemak-lemak dalam badan kita lalu membentuk gumpalan lemak tepu yang seterusnya menjadi ketulan berupa cancer.

Ni, MITOS.

Saya pernah terbaca tweet doktor-doktor yang establish hashtag perang melawan mitos (#perangmelawanmitos) dalam usaha dorang meng-educate masyarakat mengenai isu kesihatan. Mereka adalah doktor bertauliah, bukan doktor google mahupun doktor segera. Mereka kata statement tersebut adalah MITOS. Sebabnya, usus dan rahim tidak bercantum.

Hmm ada logiknya juga.

Jadi, seketul Syafriza berasa gembira sebab dia tidak perlu berpisah dengan teh ais kegemarannya. Hahaha.


Tetapi!

Saya macam pernah terbaca satu article ni, dia cakap sesuatu tabiat atau crave ni terjadi mesti ada sebab. Contoh, macam saya selalu juga crave for kerang rebus. Means, badan saya tengah request utk more darah / zat besi, macam tu. Saya tahu saya kurang darah waktu check Hb (heamoglobin) last pregnancy, rendah.

Ataupun, kadang-kadang tu tetibaaaaa je rasa nak makan benda masam-masam, that means, badan kita tgh lack of vitamin C/ or anything else yang boleh dapat dari sumber makanan masam. Atau, waktu lepas makan masam-masam cicah garam, korang rasa dahaga giler! Sebab? Badan korang dah dehydrated.

Ni dari observation terhadap diri sendiri juga, lalu saya pun percayakan article tu tanpa rasa was-was, ewah. Nak link-kan, tapi dah tak ingat, kat mana ntah baca pasal ni aritu.

Lepastu saya terfikir sekejap. Saya asik selalu sgt crave for ais ni, dah kenapa? Semalam baru dapat jawapan sebab page era.fm ada buat article pasal habit gigit ais ni. Menurut article tu, habit gigit ais adalah disebabkan Anemia (kurang darah merah).

So....is every Ice-Muncher an Anemic?

Or it is just a habit? Tet.

Okay lah, jom next week buat medical checkup. Tetibahhh. Haha