Friday, October 28, 2016

Malaysian Suicide Squad

Ohmaiii... Sedih kot di hari Jumaat yang indah ni terbaca dua berita pasal orang bunuh diri. And it happened in our peaceful (ke?) country, Malaysia. :(

Aku tahu je, dalam negara kita ni ramai lagi yang bunuh diri, tapi cerita undercover. Tak masuk media. Tak masuk berita. Tapi makin lama, makin banyak pula kisah bunuh diri ni. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Sedih. Kesian kat orang yang ditinggalkan kat dunia.

Kes satu, yang ikat kat pemegang pintu lori. Dia memang ada history sakit mental.
Kes dua, terjun jambatan Penang. Boleh jadi mamat tu sakit mental juga sebab orang normal nak hidup lama. Lagipun, mati itu sakit. Plus, dia siap ada upload status berunsur tertekan, sebab disabit kesalahan simpan/jual rokok seludup. Stress teruk pun boleh sakit mental.

Ahh, senang cerita, teori aku (yes, called me Dr Syaf bhaha), asal dah tak boleh buat pertimbangan secara rasional, itu dah masuk kategori "mentally disorder". Gangguan mental. Titik.

Above all of this story, paling aku sedih adalah mentaliti masyarakat yang makin tenat sibuk menghukum itu ini. Ini lebih teruk dari yang sakit mental tu sendiri. Lebih parah! Bacalah komen bawah berita bunuh diri nun. Abis semua orang di-"Ahli Neraka"-kan. Allahu..... :(


Image result for stress

Monday, October 24, 2016

How to get to KLIA2

Hai korangggg! Hihi. We ols baru balik Sabah ni. Sewonok, tapi tak puas hati sangat sebab tak dapat pi snorkling, lol.

Entry ni, saja nak share 3 cara nak ke terminal KLIA2 yang kami berdua dah cuba, dari Damansara.

----------


1. Parking at Tune Hotel, beside airport (Roughly 4 days = RM150)
More trip-days, cost increase

Ni waktu kami nak ke Krabi last year (May 2015), kami naik kereta dari Damansara ke KLIA2. Drive sendiri. Waktu ni flight kami tengahari. Pagi tu agak carca marba sikit. Kelam kabut ke JPN Putrajaya untuk renew IC saya sebab hilang, lol. Sebab ingatkan kena pakai IC sekali waktu boarding. Biasalah, first time berjalan sendiri. Segala barang nak bawa haha. Padahal, terbang keluar negara pakai passport is enough. Punyalah nak muntah kelam kabut kehulu kehilir buat IC, last-last tak pakai pun whahaha. Kalau tahu, balik honeymoon tu je baru buat.

Drive dari Damansara ke KLIA2, amik masa 1 jam. Lalu Elite highway.

What's good?  Masa flexible.
Of course, bergerak sendiri, boleh arrange masa sendiri. Let say, flight waktu balik dari oversea tu kalau sampai Malaysia pukul 2 pagi pun kau still boleh terus drive balik rumah, membongkang. Tak payah nak tunggu public transport, which normally start operate semula pukul 5.30pagi.

The bad side?  Mahal dan letih.
Ada dua cara nak park berdekatan Airport. Parking kat Airport tu sendiri, which is RM50-RM60 per day or parking kat Tune Hotel, RM45-RM50 per day. Tak ingat exact amount. Per hour, RM6 tak silap. Kalau dapat info, nanti saya update. Tune Hotel terletak bersebelahan dengan KLIA2. Dekat sangat. Just a 5 minutes walking distance.

Kami ke Krabi 4 hari 3 malam. Bayar parking haritu lebih kurang RM140. Tu tak masuk kos tol lagi. Dah jadi lebih mahal dari kos penginapan kami kat krabi untuk the whole trip, lol. Tempat tido kereta lagi mahal dari tempat kami berdua tido. Aci? Tapi letih lah kot nak kena drive sendiri.


2. Parking at Putrajaya Sentral - ERL (KLIA Express)(Roughly 4 days = RM80)
More trip-days, cost increase

Kami cuba this method untuk second trip kami lepas buat sikit google-ing. Waktu ni nak ke Bali, Indonesia (May 2016). Flight lewat petang. Farid sempat kerja separuh hari. Lepas lunch kami bergerak ke Putrajaya Sentral. Drive lebih kurang sejam juga, blergh. Macam lebih kurang je perjalanan dari Damansara ke Putrajaya dengan Damansara ke KLIA2. Cuma ke putrajaya ada 2 tol.

Parking kos, RM6/day. 1 hour drive from Damansara.
Naik ERL RM9.80/person/way. 20 minutes ride dari Putrajaya - KLIA2.
Total cost waktu tu, 5h4n = RM6*5 + RM9.80*4 = RM69.20 + tol segala =

What's good? Murah lah sikit dari parking kat Airport haha. Lagi lama tempoh kau travel tinggalkan kereta kat Putrajaya Sentral tu, lagi banyak lah kos yang kau save kat situ.

The bad side?  In term of masa, tak flexible. Letih sebab naik banyak sangat transport.
Unless ko balik Malaysia, amik flight siang. Sampai Malaysia sebelum 11pm. Boleh lah ko kejar ERL. Lepas dah kelam kabut tu, ko jangan lupa kerata ko kat Putrajaya tu pulak. Nak kena drive balik lagi selama 1 jam. Haha.

Kami waktu balik dari Bali tu, sampai airport pukul 1 pagi gitu. Tido airport sampai pagi untuk amik first ERL. Tak selesa lah kot tido kat public, walaupun memang ramai je pun orang tido airport. Mereputlah kami sambut anniversary perkahwinan kami kat airport tunggu pagi. Pagi tu, macam pelesit Farid bawa kereta sebab teringat katil kat rumah dah memanggil-manggil haha.


3. Skybus from One Utama (Roughly 4 days = RM70)
More trip-days, cost remain

Ni kami guna baru ni, untuk ke Kota Kinabalu, Sabah (Oktober 2016). Naik Skybus. Farid lah yang ajak. Dia pakar sikit bab-bab berjalan ni. Rajin nak explore. The cheapest method so far. Naik bas dari One Utama, direct ke KLIA2. Tiket boleh book awal, beli online atau beli kat kaunter kat One Utama (New Wing).

Image result for skybus one utama
Skybus

Tak payah bawa kereta. Kami guna Grabcar service untuk ke One Utama. Dari damansara perdana ke One Utama, RM7. Waktu balik pulak, Farid guna Uber, FREE je sebab dia guna discount code haha dasar penggemar benda free laki aku ni. Perjalanan bas dari One Utama ke KLIA2, 1 jam.

Image result for grab car
Sekarang dah legal and digalakkan Perdana Menteri okay!

Tiket Skybus, Farid beli online, RM15 per person, untuk 1 way. Total untuk 2 orang, return = RM60. Tak payah drive, tak penat. Boleh tido sepanjang perjalanan. Seronok ke seronok? Grab & Uber pun memang cepat je. Ko search, terus jumpa drive. Waima pukul 4,30pagi sekali pun hahaha sebab flight kami untuk ke Kota Kinabalu, awal pagi. Amik Grab pukul 4.30pagi, naik bas pukul 5.00pagi. Sampai airport pukul 6.00pagi. Just nice lah masa untuk print boarding pass, pekena starbucks bagai haha. Depart pukul 7.30pagi gitu.

Skybus ni boleh naik dari One Utama or KL Sentral. Boleh search kat website dia and tengok waktu depart yang sesuai: www.skybus.com.my

What's good? Murah dan tak penat, tak payah fikir nak park mana.

The bad side?  In term of masa, tak sesuai untuk orang yang balik dari bercuti tu, flight sampai Malaysia jam 12.30am - 3.30am. Tapi masa menunggu tak lama macam ERL lah. Bas pagi paling awal dari KLIA2, pukul 4.30am. Bas paling awal dari One Utama ke KLIA2, pukul 3.00am.


----------
As for today, naik Skybus is the best way to get our ass to KLIA2. Depends pada lokasi korang juga. Kalau dah duduk jauh dari One Utama or KL Sentral, tak murah jugak kos nak ke dua tempat ni ye dak?


So, toodles for now!