Saturday, April 16, 2016

Pregnancy Story: Ridwan Bin Muhammad Farid

Hi. 
Setiap kehidupan ada ujian sendiri. Ini cerita kandungan pertama aku.

September 2015
September hari tu, UPT test aku positif. Alhamdulillah, we are pregnant after about 4 months of waiting! Semua orang happy. Sebelum dapatkan confirmation dekat klinik, aku buat test dua hari berturut2, sebab tak yakin (first pregnancy syndrom :P). Hari pertama, aku ambil gamba,n send kat Farid sebab waktu tu kitorang masih PJJ (Melaka-KL). Kitorang decide taknak bagitahu family dulu, sebab nak buat test sekali lagi, haha gigih ye. Esoknya, result positif juga! Barulah kitorang kongsi berita gembira tu dengan family. Excited!

Positive! Yeay :D

After few weeks, kitorang pergi Klinik Zanawati, Jasin untuk dapatkan pengesahan klinik. Pergi waktu weekend kat Melaka, sebab boleh pergi dengan Farid. Waktu ni, doktor kata, dah 6 minggu. Ada kantung dan doktor nampak, ada heartbeat. Doktor Zanawati ni best ye. Lembut je cakap dan bagi nasihat.

Doktor check, ada baby! Everything is just normal!

Doktor explain semua, dari keadaan rahim hinggalah keadaan baby. Kitorang dengar je. Aku tak boleh berhenti senyum tengok skrin. Hehe over excited? Nak jadi mommy kot, gila tak excited. To be honest, tetiap bulan since bulan May haritu aku tertunggu-tunggu berita ni! 

and...I am ONE HAPPY MOMMY!

Balik rumah, asik lah menghadap filem dari scan baby tu hehe. Tujuh hari tujuh malam duk tenung filem saja (another first pregnancy syndrom I guess :P). Bercakap pasal syndrom, aku tak ada apa-apa morning sickness. Tak ada alahan, muntah-muntah semua tak ada. Selera makan je bertambah.

Filem dari scan yang pertama kat Klinik Zanawati

November 2015
Farid dapat transfer KL. Another rezeki! Alhamdulillah sangat, dah dekat dengan husband! Betullah, perancangan Allah adalah yang terbaik. I was confirmed pregnant and rezeki husband dapat transfer KL.

Disember 2015
Aku dan husband ke Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya untuk buka buku pink. Berat aku sebelum mengandung tak pernah reach 45kg. Tidak pernah langsung. Paling berat, 43kg haha. Waktu buka buku, berat aku 46kg. An achievement!

Waktu buka buku, my HB was low, 9.6, so nurse bagi Zincofer dan suruh kurangkan pengambilan teh dan kopi, makan benda-benda yang boleh tambah darah macam kerang, bayam blablabla. The rest were all fine. Kalau ikut usia kandungan lepas scan di Klinik Zanawati dulu, minggu yang aku buka buku tu, minggu ke 8. Tapi, nurse kat KK buat kiraan yang aku tak tahu macam mana, kandungan aku dah 10 minggu. Dorang letak tarikh jangka bersalin 29 Mei 2016.

Lepastu, hari-hari berjalan seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja. Weekend, balik Melaka rumah parents kitorang, atau jalan-jalan. Kalau ada appointment di KK, aku amik leave dan attend. Tak pernah miss.

Waktu minggu ke 13, ada appointment KK untuk jumpa doktor, check dan scan baby. Keadaan aku okay, HB dan BP normal. Baby pun sihat. Doktor scan, tapi tak bagi filem scan. Biasa lah, government klinik. Dari skrin, aku nampak baby normal. Doktor tunjuk heartbeat baby. Doktor kata, KK tak provide filem untuk patient. Dia suruh buat appointment dengan Vision College untuk Detail Scan. Aku call Vision College untuk set appointment, the only date yang free adalah 19 Januari 2016. Earlier than that, semua fully booked by other preggy mommy. So, fine, nak cepat-cepat pun buat apa kan. Tapi itu lah. Kita hanya merancang, kononnya tak kisah lambat-lambat. Haha. Aku teruja, jadi aku booking lah sesi Detail Scan swasta 15 Januari 2016.

Minggu ke 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 berjalan macam biasa. Tak ada apa-apa yang pelik. Minggu ke 16, aku dah start rasa baby's movement! Excited gila! Ada satu hari tu, dalam minggu ke 18, aku suruh Farid rasa ada movement kat surface perut. Dia sentuh dan join excited sekali. Haha

Semua orang kata aku carry baby boy. Ayah kata, baby boy sebab perangai aku yang lasak kehulu-kehilir, ada jerawat di muka, selekeh. Mak mertua kata, baby boy sebab anak buah aku, baby girl, dia nak dengan aku bila aku cuba nak pegang dia, tapi bila husband aku pegang, dia takmau. Uncle Cina kedai kasut kata, baby boy sebab bentuk perut aku. Mostly kata baby boy. Farid je kata baby girl. Alasan dia, sebab dia taknak sama pendapat dengan orang lain. Apa lahhhhh masalah mamat ni hahaha

Hujung minggu ke 19, aku bangun tidur rasa kaki macam gelembung sikit belah atas. Waktu tu dekat rumah ibu, aku tanya ibu, normal ke kaki bengkak waktu pregnant. Ibu kata normal kalau dah dekat-dekat dengan tarikh bersalin. Kalau baru nak masuk 5 bulan, tak pernah pula dia kena. Makin hari, kaki makin bengkak. Aku pergi kerja, tanya akak-akak yang dah pernah mengandung, normal ke tak kaki jadi macam tu, depa kata tak normal juga. Selipar sampai tak muat nak pakai, punya lah bengkak kaki aku. Bengkak sampai naik ke betis.

Makin hari, makin bengkak :(

7 Januari 2016
Farid bising, suruh pergi check kat Klinik sebab tak normal kaki bengkak teruk sangat. So, malam Khamis minggu ke 19, Farid bawa aku ke Klinik lepas waktu kerja. Klinik Mediviron Damansara Perdana. Doktor check tanya apa masalah aku, aku cakap "saya pregnant 19 weeks, kaki saya bengkak macam ni, normal tak?" Doktor check kaki, pastu picit nak tengok ada pitting or tak. Dia panggil tu Pedal Edema. Dia kata tak normal and awal sangat. Biasanya, kaki jadi bengkak bila dah nak bersalin.

Then, check BP dengan body temperature. BP aku over 160 yerr. Doktor terkejut and suruh aku refer hospital immediately. Dia buat surat rujukan ke hospital, urge suruh pergi haritu jugak jangan tunggu esok. Farid over worried. Kalau ikut aku, pergi je lah lepas waktu kerja esok, sebab esok dah Jumaat. Kitorang pergi juga malam tu. Doktor tu ada pesan, probably aku akan di-admit-kan untuk monitor BP. Sambil dia prepare surat tu, sambil dia membebel kata bahayalah, boleh kena pre-eclampsia lah, boleh membahayakan diri dan kandungan lah blablabla. Aku dengar je.

Nak bend kaki pun tak boleh dah.

Betullah kata doktor tu, aku warded Hospital Selayang. Dua malam. Farid teman. Hari Jumaat, Farid amik cuti sebab teman aku. My first time warded after soooooo long! Malam sebelum masuk ward, doktor dok control BP, suruh baring mengiring je lama-lama. Every 15 minutes, dia amik bacaan. Bacaan keep naik reaching 180, sampailah dorang give up, dorang bagi Labetalol dua biji. Dah turun 150 lebih, baru dorang tolak aku masuk ward.


A must, iv drip.

Dua hari kat ward. Sepanjang aku kat ward tu, dorang hanya check baby guna doppler je, takde scan guna ultrasound machine yang ada skrin tu. Bila fikir balik, aku kecewa betul part ni. Tapi tu lah, kalau aku dapat tahu awal pun, apa je yang boleh berubah. Allah dah atur semuanya, ye dak? So, waktu tu, heartbeat baby semua sound normal.

Makan dulu sebelum discharge!

Duduk kat bilik dengan 3 orang patient lain. Tiga2 yang lain baru lepas keguguran dan 'cuci'. Aku sorang je dalam ward tu yang masih pregnant. Rasa tak sedap juga, dorang letak aku satu ward dengan orang yang baru kehilangan. Nasib baik satu malam je. Dorang ada cerita macam mana boleh gugur, process D&C macam mana, semua tu.



Dalam pukul 8pm Sabtu aku dah boleh discharge! Discharge berbekalkan slip untuk buat daily BP check kat mana-mana klinik dan ubat tekanan darah tinggi - Labetalol - dan cuti seminggu untuk rehat! Next appointment, February. Lepas discharge terus pekena McD kat Selayang Mall, sebab teringin. Aci? Haha

11-13 Januari 2016
Lepas dua hari discharge, aku pergi check BP kat Farmasi bawah block aku, 148/95. Lepas tu, hari rabu, pergi KK. Tunggu berjam-jam juga semata-mata nak check BP ONLY! BP still 150+. Nurse tanya, aku penat ke? Aku cakap tak pun. Tapi nafas aku memang dah start pendek waktu tu. Tak boleh nak tarik nafas panjang2. Tak mampuuuuu~ huhu

15 Januari 2016
Aku ada appointment jam 8.30pm di Hospital Pusrawi, Kota Damansara, untuk Private Detail Scan Baby dengan Jezzlyn (Sonographer).Aku ajak Farid teman, as usual! ;) Kitorang sampai lambat, so turn aku jadi yang last sekali. Pukul 10 baru masuk jumpa Jezzlyn. Dia letak je alat scan tu atas perut terus dia terkejut.

Sonographer: Eh, awak tak pernah pergi scan baby awak ke sebelum ni?
Aku: Pernah. First waktu nak confirm pregnancy. Second, dekat KK waktu 13w. Kenapa ya?
Sonographer: Lepastu awak tak ada check dah ke? (Sambil dok tengok screen and pusing2 alat scan atas perut)
Aku: Tak pernah. Last waktu kat KK. Next nak buat detail scan 19 Januari nanti. Ni saja nak buat sendiri dulu hehe. Kenapa tu? (Aku tengok screen, tapi tak nampak bentuk baby macam yang kita selalu nampak tu)
Sonographer: Baby awak ada. Ada heartbeat. Tapi...

Jezzlynn told me what happen to me and the baby. Allah, terkejut sungguh sebab aku sangat-sangat-sangat tak sangka kandungan aku tak sihat. Farid pun. The baby has hydrop. Hydrop fetalis. Bawah kulit baby dah penuh air. Dalam organ baby ada air. He cant survive any longer. Memang ada heartbeat, memang baby masih hidup, tapi aku baru 20w. Aku baru separuh perjalanan. Macam mana aku nak tolong baby aku untuk survive lagi 12 minggu (at least!). She said, from her own experience, tak ada kes hydrop fetalis yang survive. Dia tak tahu punca. Tapi dia yakin, itu hydrop fetalis. So, she suggest us to get second opinion from Gynae. Hari dah malam sangat, waktu tu dah 11 lebih. So, malam tu I was crying all night long, tak sabar nak tunggu esok untuk jumpa another doctor for second opinion.

16 Januari 2016
Esok pagi, aku readykan mental untuk sebarang kemungkinan. Lepas dengar Jezzlyn explain semalam, lepas dengar Farid pujuk dan ingatkan pasal ada hikmah untuk semua yang terjadi, tentang takdir, aku macam kuat untuk keluar dan confirmkan dengan doktor. By hook or by crooke, kena juga hadap.

Mula-mula kami ke PPUM, tapi PPUM tak entertain patient yang nak jumpa doktor pakar last minute - kena buat appointment dulu. Kitorang taknak tunggu lagi, so kitorang ke Damansara Damai Medical Center (DDMC) for second opinion. Pagi-pagi dah keluar, breakfast dan sampai di DDMC dalam jam 10 lebih. Doktor Farah yang bertugas waktu tu. Pagi-pagi tak ramai orang, hari sabtu pulak tu. Dalam pukul 10.30 pagi dapat jumpa doktor. Doktor check urine, BP and scan. The result was awful :(. BP 170+, Protein dalam Urine 4+ Solid, Baby was just like yesterday- banyak gelembung-gelembung cecair). Doktor kata memang baby tu tak ada harapan untuk survive sebab BP aku terlalu tinggi. Memang kena terminate kandungan tu, otherwise, I myself wont survive. Aku menangis teruk, rasa helpless sangat waktu tu. Macam mana nak selamatkan baby ni.

Doktor Farah prepare letter untuk refer Government Hospital sebab kes yang rarely happen macam ni, private hospital tak nak ambil sebab takut tak cukup equipment. So, dorang arrange ambulans untuk bawa aku ke Hospital Sg Buloh, hospital terdekat. Lepas cucuk iv drip, masukkan ubat darah tinggi melalui drip tu, dalam pukul 12.30pm ambulans sampai. Farid drive follow belakang ambulans.

Ni akak yang jaga aku dalam ambulan.

Ambulans terus turunkan katil aku kat emergency room. Dorang check baby, masih ada heartbeat, doktor pakar kata memang kena terminate. My BP uncontrollable. Kalau nak keep the baby, it will risk my life and my baby tak akan boleh hidup lama since dia baru 21w dalam kandungan. Aku menangis sepanjang dalam bilik kecemasan. Doktor X-ray organ dalaman aku, paru-paru aku dah ada air. Dia ada bagitau posibility kenapa baby jadi macam tu: 1) Partial Molar, 2) Thalasemia, 3) Infection. The exact result can only be assured lepas keluarkan baby dan buat test ke atas uri.

Doktor bagitau aku kena jalani pembedahan hari tu juga, immediately. Aku ada minta untuk postpone, terminate lepas aku discuss dengan suami dan family. Tapi dorang cuba yakinkan aku untuk cepatkan procedure sebab BP aku dah tak normal sangat dah. Dorang minta persetujuan suami aku dan bagitahu risiko-risiko pembedahan termasuk kemungkinan akan ke ICU. Takut ye, everything happened too quick. Semalam baru nak seronok-seronok tengok baby, detail scan. Harini, nak kena terminate kandungan. Doktor tanya bila last aku makan sebab untuk procedure pembedahan, patient kena puasa for at least 6 hours. Aku kata 9.30 pagi tadi. Lepastu aku tak ada makan dah. Jam dah pukul 3pm waktu tu. Kesian kat suami aku, dia pun ikut tak makan sekali. Pukul 5pm aku masuk Operation Theater. Fully bius.


Waktu ke OT

Few hours, lepas Maghrib, aku siap operate. Aku dengar orang sebut nama aku banyak kali. Aku buka mata, blur sekejap fikiran, tak tahu kat mana. Lepastu baru semua benda appear dalam kepala semula. Sedih balik.

Alhamdulillah semua selesai. Aku ditolak ke ward. Waktu dah sampai ward, aku tanya nurse, mana suami aku. Lepas beberapa minit, aku nampak Farid datang. Muka dia nampak letih dan risau betul. Entah makan ke tidak huhu. Farid bagitahu both parents ada datang. Arwah Baby nak dibawa balik kebumi kat Melaka. Betul jangkaan semua, Baby Boy. So, ibu ayah akan bawa baby balik. Farid teman aku kat hospital. Doktor bagitahu, aku akan ada dekat ward at least 5 days untuk di-monitor. Aku tak dapat tengok baby. Tapi Farid ada amik gambar baby, dia tak tunjuk kat aku malam tu sebab emosi aku masih tak stabil. Aku pegang perut dah tak besar macam selalu. Farid selak selimut bahagian kaki aku dan bagitahu kaki aku dah tak bengkak lagi. So, i guess, ini adalah jalan terbaik.

Sebelum ibu dan ayah balik melaka, dorang ada bergilir-gilir jumpa aku kat ward. Mak ayah dengan family kakak ipar tak sempat jumpa sebab dorang datang dengan anak kecil, tak boleh nak bawa masuk wad.

My Personal Doctor

Aku duduk wad, 6 hari. Farid tak pernah miss datang everytime sampai waktu visit. Kadang-kadang duduk situ berlebih-lebih masa. Kadang nampak baju kerja dia kedut-kedut sikit (tak reti gosok betul2 haha). 4 hari aku tak berjalan ye. Baringggggg je, doktor buat macam-macam test. Tetiap hari kena ambil darah. Paling sakit, amik darah yang kat nadi tu. Perut pun sakit tak tahu tak bagitau macam mana. Ada satu saluran wayar terkeluar dari tempat operation tu. Saluran tu guna untuk keluarkan lebihan cecair dalam organ aku (surgical drain). Sangat-sangat tak selesa. Waktu cabut surgical drain tu, punyalah perit, aku sampai terjerit sikit sebab pedih serupa daging aku tertarik sekali keluar dengan tube drain tu. Hari ke 5 baru dorang assist aku untuk berjalan. Physioterapist, counsellor, gynae, MA bertukar-tukar datang tengok progress. BP aku slowly back to normal sampai hari ke-6. Kaki dah tak bengkak. Badan aku susut yakmat.

Dorang letak aku kat ward post-natal ya. Katil kiri kanan semua ada baby kat sebelah. Aku je tak ada baby :( Kadang-kadang aku menangis tetiba, tu yang dorang panggil kaunselor datang kaunseling sebab takut aku meroyan haha. Tapi, alhamdulillah okay je. Sedih tu perkara biasa lepas sesuatu kehilangan. Cuma janganlah sampai terbawa-bawa. Waktu ni, sokongan suami aku sangat membantu.

Alhamdulillah. Perasaan nak jadi ibu tu memang tak ternilai. 21 minggu yang sangat valuable. Rindu anak aku, Ridwan bin Muhammad Farid. Doktor advice aku untuk tak mengandung dulu for at least 2 years, supaya luka ceaser tu sembuh dulu.

Datang, tidur pun takpe hehe.


Thank you!

Update Result: Doctor finalise and confirm that Ridwan was infected by Parvovirus B19, kemungkinan sejak minggu ke-15 sebab virus tu ambil masa nak spread dan sampai kat kandungan. Virus tu mungkin sebab berjangkit dengan kanak-kanak yang tengah demam, yang aku tak perasan. Antara simptom awal, demam biasa, ada bintik-bintik merah bawah permukaan kulit. Bintik-bintik merah tu aku baru perasan lepas operation sebab sebelum tu macam tak obvious sgt, macam ruam biasa yg tak berapa jelas. Jadi, aku conclude kat sini, hal ni memang dah ditakdirkan terjadi, tak akan ada daya aku untuk elak cuma belajar bersabar dan terima dengan redha, insyaAllah ada hikmah yang hanya Allah maha mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...